Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan bahawa saman pemula empat mahasiswa UKM untuk mencabar Auku baru-baru ini ditolak, saya sudah menjangkakan keputusan itu.
Saman itu diketuai oleh saudara Hilman Idham bersama tiga rakannya yang lain, mahasiswa jurusan Sains Politik, UKM. Sewaktu mula-mula membuat keputusan untuk mencabar kerajaan, saya pernah memberitahu Hilman bahawa untuk mencapai kemenangan agak samar.
Saya kenal benar dengan Hilman. Beliau adalah Presiden Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang turut bersama-sama kami GAMIS dan SMM dalam memperjuangkan isu-isu mahasiswa dan masyarakat.
Dalam hujah Hakim mahkamah itu, beliau berkata larangan yang terkandung dalam Seksyen 15(5)(a) itu bertujuan mencegah kekacauan yang berpotensi berlaku di universiti, yang juga boleh disifatkan sebagai mengganggu ketenteraman awam.
Aziah berkata beliau bersetuju dengan peguam yang mewakili UKM Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa larangan yang dikenakan itu adalah penting atau wajar untuk memelihara disiplin pelajar, yang merupakan sebahagian daripada akhlak orang ramai dan yang wajib dipatuhi oleh pelajar.
Beliau juga bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha Abu Bakar bahawa semua hal berkaitan disiplin dan tingkah laku pelajar terletak di bawah bidang kuasa universiti tempat mereka belajar dan tidak pernah wujud sebarang tindakan bersifat menindas terhadap mana-mana pelajar.
Seharusnya kenyataan ini mudah dibaca bagi rakan-rakan aktivis mahasiswa dan masyarakat yang mengikuti perjuangan kami menentang AUKU.
Undang-undang ‘tarik tali’
Saya bukanlah pakar dalam undang-undang mahupun perlembagaan dalam membicarakan soal akta ini. Namun, berdasarkan pengalaman menyertai Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dahulu, satu dua perkara saya boleh lontarkan.
Dalam perlembagaan Malaysia, secara umum diketahui bahawa warganegara Malaysia berhak untuk berpolitik, mengundi, dan menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang dirasakan wajar baginya. Itu adalah kebebasan yang diberi perlembagaan.
Walaupun begitu, dalam AUKU, mahasiswa tidak dibenarkan berbuat demikian. Ini kerana mereka adalah pelajar universiti. Akta itu dalam pindaan pada 2008 saya petik ada menyebutkan :
(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap:
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawahperenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
Justeru itu, seorang mahasiswa akan terikat dengan akta universiti (AUKU) walaupun diberi jaminan kebebasan oleh perlembagaan sebagai warganegara.
Undang-undang inilah yang disebut sebagai ‘tarik tali’ dan pada hari ini empat rakan saya itu sedang mencabar kerajaan bagi membuktikan kesahihan dan keabsahan salah satu undang-undang tersebut. Paling penting ia memberi pendidikan kepada masyarakat betapa dilema yang dihadapi mahasiswa kini.
Bukan mansuh semua
Seperkara yang tidak difahami kerajaan terutamanya menteri KPT sendiri adalah berkenaan hasrat mahasiswa yang ingin memansuhkan akta ini.
Ketika menghantar memorandum berkenaan autonomi universiti kepada Dato’ Seri Khaled Nordin di UKM dahulu, beliau pernah berkata : “Kalau mansuh AUKU, tutuplah semua universiti..”.
Saya yakin beliau tidak sedangkal itu. Bagi kami akta yang perlu dimansuhkan hanyalah yang berkaitan dengan hak bersuara dan berpersatuan, hak kebebasan akademik, hak autonomi universiti dan menyertai politik sebagaimana warganegara yang lain. Itu sahaja.
Bukannya memansuh akta yang melibatkan tubuh sebuah universiti, perlantikan Naib Canselor, akta kakitangan universiti dan macam-macam lagi. Itu serahkan kepada pihak yang lebih mengetahui.
Ini termasuklah isu yang menjadi perbincangan hangat berkenaan kewajaran mahasiswa berpolitik baru-baru ini, turut melibatkan akta ini.
Apa-apa pun, selagi mana mahkamah masih belum dipengaruhi kuasa luar seperti mana yang berlaku kepada lima mahasiswa UM berkenaan isu ‘Puaka UM”, peluang UKM4 untuk mencabar akta ini masih ada. Selamat berjaya mahasiswa!
Disediakan oleh,
Mohd Aizat Mohd Salleh
Setiausaha Agung
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Tuesday, October 5, 2010
MAHASISWA LAWAN AUKU; RAKYAT PERLU BUKA MATA
Mahasiswa boleh turun PRK Galas- Menteri KPT
GEORGE TOWN, 4 Okt – Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak dihalang sepenuhnya untuk terlibat dalam politik terutama ketika pilihan raya sekiranya mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mahasiswa boleh mendengar ceramah atau bercakap tentang politik tetapi mereka tidak dibenarkan terlibat secara langsung dalam kempen politik.
“Jika pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihan raya, kementerian tidak akan menghalang tetapi jika mereka membabitkan diri secara langsung seperti berkempen atau menjadi ejen parti politik, itu tidak dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku “Reaching Out... Making The Difference” di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan penglibatan pelajar IPT dalam politik terutamanya menjelang pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasn Galas yang akan diadakan tidak lama lagi berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaiman, 46, akibat barah.
Mohamed Khaled berkata sebelum ini terdapat pelajar yang terlibat secara langsung dalam politik walaupun menyedari tindakan itu salah.
“Mereka seolah-olah mahu melihat sama ada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) itu akan dilaksanakan atau tidak,” katanya.
Pada 28 September lepas, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) menolak permohonan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang melarang pelajar menyertai politik, sebagai tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Datuk Aziah Ali menolak dengan kos permohonan injunksi oleh pelajar-pelajar berkenaan untuk menyekat UKM daripada mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka kerana dikatakan berkempen pada pilihan raya kecil bagi kawasan Hulu Selangor pada April lepas.
Saturday, September 25, 2010
PROGRAM 1 MALAYSIA DI UNIMAS;
CUBAAN MEMPERBODOHKAN MAHASISWA!
Semalam, sabtu (25 september 2010) telah berlangsungnya Program 1 Malaysia anjuran Institut Kajian Sejarah & Patriotik Melaka dengan kerjasama HEP UNIMAS bertempat di dewan kuliah CTF 1.
Program yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang mahasiswa UNIMAS dan IPT sekitar itu bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4.30 ptg.
Malangnya, salah seorang ahli panel program tersebut iaitu Dato` Haji Ahmad bin Haji Maslan ( Timb.Menteri di Jabatan Perdana Menteri) menggunakan platform program tersebut untuk “brainwash” pemikiran mahasiswa yang hadir.
Dalam ucapannya beliau menyatakan “ SOKONGLAH BARISAN NASIONAL” dan “ SIAPA SOKONG PEMBANGKANG DIA KULI”. Kenyataan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut beliau kepada mahasiswa lebih-lebih lagi program di dalam kampus!
Program 1 Malaysia di dalam kampus dijadikan media terbaru kerajaan untuk berkempen dan meraih sokongan dari mahasiswa di dalam kampus. Tahun ini sahaja sudah 3 kali program 1 Malaysia yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada mahasiswa diadakan di UNIMAS.
Kami dimaklumkan bahawa akan ada satu lagi program 1 Malaysia yang bakal dilaksanakan pada bulan hadapan di UNIMAS. Program tersebut dilihat tidak langsung memberi manfaat kepada mahasiswa melainkan pembaziran wang UNIMAS semata-mata.
Malahan, program 1 Malaysia kini menjadi lesen terbaru ahli politik kerajaan untuk masuk ke kampus dengan cuba meracuni dan memperbodohkan mahasiswa!
Kami menyeru kepada seluruh Mahasiswa UNIMAS agar bertindak bijak dengan memboikot segala program 1 Malaysia di UNIMAS selepas ini.
“KAMPUS MILIK MAHASISWA;
JANGAN CUBA MEMPERBODOHKAN KAMI”
Friday, September 17, 2010
Mungkinkah mahasiswa dibenarkan berpolitik?
Bukan sesuatu yang mengejutkan jika kerajaan akhirnya member kebenaran kepada mahasiswa untuk terlibat dalam politik. Walaupun sebelum ini Kabinet telah memutuskan sebaliknya, namun suara menuntut keputusan tersebut dinilai semula nampaknya semakin rancak akhir-akhir ini.
Pendapat tersebut amat berbeza dengan pendirian yang dinyatakan oleh beberapa pemimpin tertinggi negara ini termasuk YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi Sendiri. Dato Khalid sendiri dipetik media mengatakan kerajaan tidak bercadang, malah kerajaan tidak pernah berbincang untuk mahasiswa terlibat dengan politik.
Kabinet berpegang kepada pendirian bahawa Seksen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dipinda baru-baru ini sudah memadai untuk tujuan itu. Pindaan itu membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian dengan syarat mendapat kebenaran naib canselor.
Mahasiswa merupakan aset yang amat bernilai buat negara. Kehidupan di kampus dilihat sebagai platform terbaik menggilap bakat pelapis kepimpinan masyarakat. Justeru, sepatutnya sebarang kongkongan terhadap aktiisme dan idealisme siswa ditiadakan.
Datuk Saifuddin Abdullah sendiri antara individu yang paling kehadapan dalam tuntutan ini. Sebagai bekas aktivis mahasiswa, beliau sendiri lebih maklum dengan pelbagai kongkongan dihadapi mahasiswa terutama dalam menyatakan pendirian politik masing-masing.
Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA di Bangi baru-baru ini sempat mengemukakan resolusi kepada kerajaan menyokong pembabitan mahasiswa dalam parti politik.
Resolusi tersebut disokong oleh 191 daripada 335 ahli MPP yang hadir menunjukkan bahawa suara majority mahasiswa bersetuju supaya mahasiswa dibenarkan berpolitik.
Beberapa orang MPP Unimas yang hadir turut bersetuju dalam pengundian tersebut. YDP MPP Unimas Saudara Muhammad Hasbullah Najib dalam kenyataan beliau di Utusan Melayu bertarikh 7/8/2010 menyatakan sokongan beliau terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik. Ujar beliau kebenaran tersebut penting untuk mengubah sikap dingin mahasiswa terhadap isu-isu yang melibatkan kepentingan negara.
Menurut beliau lagi “ Penglibatan dalam parti poltik akan membantu melahirkangenerasi muda yang lebih matang dan prihatin dengan masa depan negara” katanya setelah ditemui oleh pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm
Pro Mahasiswa Unimas berpendirian bahawa, sekatan yang dibuat oleh AUKU terhadap mahasiswa menyebabkan lahirnya mahasiswa yang lesu dan tidak ambil peduli isu negara mahupun universiti dan setelah bergraduat, mahasiswa tersebut akan menjadi kelompok masyarakat yang “kera sumbang”dan tidak ambil peduli hal masyarakat dan negara.
Pekara tersebut oleh dibuktikan dengan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh universiti. Mereka yang hadir sekalipun adalah semata-mata untuk mengejar cop kolej.
Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, “ Sebagai salah seorang pendidik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), saya kurang mengerti mengapa politik itu dianggap begitu hina dan membahayakan. Bagi saya, tidak ada sebabnya untuk Kerajaan menghalang pelajar daripada berpolitik kerana saya yakin tidak ramai pelajar akan aktif dalam politik” ujar beliau kepada media.
Pekara tersebut oleh dibuktikan dengan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh universiti. Mereka yang hadir sekalipun adalah semata-mata untuk mengejar cop kolej.
Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, “ Sebagai salah seorang pendidik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), saya kurang mengerti mengapa politik itu dianggap begitu hina dan membahayakan. Bagi saya, tidak ada sebabnya untuk Kerajaan menghalang pelajar daripada berpolitik kerana saya yakin tidak ramai pelajar akan aktif dalam politik” ujar beliau kepada media.
Usah cemar IPTA
Berikut adalah kata-kata dari Timbalan Mnteri Pengajian Tinggi ,Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini. Amaran ini diberikan khusus kepada pentadbir institusi pengajian tiggi awam (IPTA) yang menjadikan universiti sebagai medan politik atau membenarkan kemudahan yang disediakan untuk membantu sesebuah parti politik di negara ini.
Beliau berkata pihak Kerajaan tidak pernah memberi mana-mana kebenaran kepada mana-mana pentadbir IPTA di negara ini membabitkan diri dengan membantu parti politik berkempen di dalam mahupun luar universiti.
“Saya dapat tahu ada pentadbir beri kebenaran guna kemudahan guna kemudahan disediakan kerajaan untuk kepentingan parti politik tertentu berkempen dalam pilihanraya kecil atau umum. Saya agak dukacita dan mahu ia dihentikan kerana university terikat pada Perlembagaan Negara.
“Sebenarnya perkara ini sudah diketahui pihak kerajaan bahawa ada pentadbir melakukannya secara “senyap”. Saya harap mereka hentikan segera kerana universiti adalah tempat pelajar mencari ilmu menerusi petadbir yang bijaksana”
Ujar beliau lagi “ pengurusan tertinggi university perlu memantau secara lebih kerap situasi ini kerana segala kemudahan yang ada di universiti adalah untuk kegiatan pelajar dan perlu digunakan sebaik mungkin. Jangan salah guna apa yang diberikan kerajaan.”
Sementara itu,maklumat daripada salah seorang MPP Pro Mahasiswa Unimas bahawa, terdapat sebuah IPTA dalam negara ini yang mengadakan pendaftaran Puteri Umno secara terang-terangan dengan alasan ianya mendapat kebenaran Naib Canselor.
Kami Pro Mahasiswa Unimas mengharapkan perkara tersebut tidak berlaku di Unimas walaupun kami dapat maklumat beberapa orang staf Unimas terlibat secara langsung dengan sebuah parti politik di negara ini. Staf itu juga terlibat secara tidak langsung dalam berusaha menaikkan calon “Favourite” nya dalam pemilihan MPP tahun ini. Melalui maklumat yang kami perolehi kami yakin beliau akan melakukan perkara yang sama pada tahun hadapan.
Beliau sepatutnya tidak boleh melakukan perkara tersebut kerana pemilihan MPP adalah hak mahasiswa dan bukannya staf.. Jika perkara tersebut masih berulang kami Pro Mahasiswa Unimas tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama dan jawatan staf tersebut.
Thursday, September 2, 2010
Selamat Datang Ke Pro Mahasiswa Unimas
HARAP MAAF
BLOG INI SEDANG DISELENGGARA BUAT SEMENTARA WAKTU
Subscribe to:
Posts (Atom)





