Pages

Friday, September 17, 2010

Mungkinkah mahasiswa dibenarkan berpolitik?

Bukan sesuatu yang mengejutkan jika kerajaan akhirnya member kebenaran kepada mahasiswa untuk terlibat dalam politik. Walaupun sebelum ini Kabinet telah memutuskan sebaliknya, namun suara menuntut keputusan tersebut dinilai semula nampaknya semakin rancak akhir-akhir ini.

Pendapat tersebut amat berbeza dengan pendirian yang dinyatakan oleh beberapa pemimpin tertinggi negara ini termasuk YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi Sendiri. Dato Khalid sendiri dipetik media mengatakan kerajaan tidak bercadang, malah kerajaan tidak pernah berbincang untuk mahasiswa terlibat dengan politik.

Kabinet berpegang kepada pendirian bahawa Seksen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dipinda baru-baru ini sudah memadai untuk tujuan itu. Pindaan itu membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian dengan syarat mendapat kebenaran naib canselor.

Mahasiswa merupakan aset yang amat bernilai buat negara. Kehidupan di kampus dilihat sebagai platform terbaik menggilap bakat pelapis kepimpinan masyarakat. Justeru, sepatutnya sebarang kongkongan terhadap aktiisme dan idealisme siswa ditiadakan.

Datuk Saifuddin Abdullah sendiri antara individu yang paling kehadapan dalam tuntutan ini. Sebagai bekas aktivis mahasiswa, beliau sendiri lebih maklum dengan pelbagai kongkongan dihadapi mahasiswa terutama dalam menyatakan pendirian politik masing-masing.

Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA di Bangi baru-baru ini sempat mengemukakan resolusi kepada kerajaan menyokong pembabitan mahasiswa dalam parti politik.

Resolusi tersebut disokong oleh 191 daripada 335 ahli MPP yang hadir menunjukkan bahawa suara majority mahasiswa bersetuju supaya mahasiswa dibenarkan berpolitik.
Beberapa orang MPP Unimas yang hadir turut bersetuju dalam pengundian tersebut. YDP MPP Unimas Saudara Muhammad Hasbullah Najib dalam kenyataan beliau di Utusan Melayu bertarikh 7/8/2010 menyatakan sokongan beliau terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik. Ujar beliau kebenaran tersebut penting untuk mengubah sikap dingin mahasiswa terhadap isu-isu yang melibatkan kepentingan negara.


Menurut beliau lagi “ Penglibatan dalam parti poltik akan membantu melahirkangenerasi muda yang lebih matang dan prihatin dengan masa depan negara” katanya setelah ditemui oleh pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm
Pro Mahasiswa Unimas berpendirian bahawa, sekatan yang dibuat oleh AUKU terhadap mahasiswa menyebabkan lahirnya mahasiswa yang lesu dan tidak ambil peduli isu negara mahupun universiti dan setelah bergraduat, mahasiswa tersebut akan menjadi kelompok masyarakat yang “kera sumbang”dan tidak ambil peduli hal masyarakat dan negara.

Pekara tersebut oleh dibuktikan dengan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh universiti. Mereka yang hadir sekalipun adalah semata-mata untuk mengejar cop kolej.

Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, “ Sebagai salah seorang pendidik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), saya kurang mengerti mengapa politik itu dianggap begitu hina dan membahayakan. Bagi saya, tidak ada sebabnya untuk Kerajaan menghalang pelajar daripada berpolitik kerana saya yakin tidak ramai pelajar akan aktif dalam politik” ujar beliau kepada media.

No comments:

Post a Comment