Pages

Saturday, September 25, 2010




PROGRAM 1 MALAYSIA DI UNIMAS;
CUBAAN MEMPERBODOHKAN MAHASISWA!




Semalam, sabtu (25 september 2010) telah berlangsungnya Program 1 Malaysia anjuran Institut Kajian Sejarah & Patriotik Melaka dengan kerjasama HEP UNIMAS bertempat di dewan kuliah CTF 1.

Program yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang mahasiswa UNIMAS dan IPT sekitar itu bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4.30 ptg.

Malangnya, salah seorang ahli panel program tersebut iaitu Dato` Haji Ahmad bin Haji Maslan ( Timb.Menteri di Jabatan Perdana Menteri) menggunakan platform program tersebut untuk “brainwash” pemikiran mahasiswa yang hadir.

Dalam ucapannya beliau menyatakan “ SOKONGLAH BARISAN NASIONAL” dan “ SIAPA SOKONG PEMBANGKANG DIA KULI”. Kenyataan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut beliau kepada mahasiswa lebih-lebih lagi program di dalam kampus!

Program 1 Malaysia di dalam kampus dijadikan media terbaru kerajaan untuk berkempen dan meraih sokongan dari mahasiswa di dalam kampus. Tahun ini sahaja sudah 3 kali program 1 Malaysia yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada mahasiswa diadakan di UNIMAS.

Kami dimaklumkan bahawa akan ada satu lagi program 1 Malaysia yang bakal dilaksanakan pada bulan hadapan di UNIMAS. Program tersebut dilihat tidak langsung memberi manfaat kepada mahasiswa melainkan pembaziran wang UNIMAS semata-mata.

Malahan, program 1 Malaysia kini menjadi lesen terbaru ahli politik kerajaan untuk masuk ke kampus dengan cuba meracuni dan memperbodohkan mahasiswa!

Kami menyeru kepada seluruh Mahasiswa UNIMAS agar bertindak bijak dengan memboikot segala program 1 Malaysia di UNIMAS selepas ini.

“KAMPUS MILIK MAHASISWA;
JANGAN CUBA MEMPERBODOHKAN KAMI”

7 comments:

  1. memang memalukan...agenda politik seperti ini tidak harus dikaitkan dengan program yang berguna seperti ini...
    untung aku tak pergi kerana adakalanya otak aku mudah diracuni.....
    terima kasih info yang diberikan...
    diharap akan ada lagi info yang berguna supaya tidak akan ada mahasisiwa yang boleh diperbodohkan lagi dengan sewenang2nya oleh pihak2 tertentu...

    ReplyDelete
  2. mengapa perkara macam ni blh jd pada insan yg ada ilmu pengtahuan yang bagus....mengapa meraka bertanggapan kita ini mahasiswa yang tidak matang....bukan kah mereka juga pernah lalui zaman seperti kita.....adakah mereka ni sendiri yang tidak matang.....

    ReplyDelete
  3. tak bg mahasiswa berpolitik,tp cube cemarkn universiti dgn politik,,memalukn

    ReplyDelete
  4. budak2 mentah yg xtau ape itu politik
    aku sbgai org yg pnah keje kat unimas rasa shit dgn kebodohan budak2 hingusan ini
    malu laa. pe kejadah korg wat bnde celaka ni?
    g blaja rajin2, kalau pointer takat bwh 3 ade hati nak ckp psl revolusi, reformasi, bgus korg ingat duit rakyat (duit ptptn) yg korg gne utk blaja tu
    amanah rakyat dol, nanti tuhan tnye kat akhirat br ko tau
    dah abis blaja korg nak politik ke, nak ape ke, sukati korg la.

    ReplyDelete
  5. Lord: Aku sokong sgt2...knp nak melibatkan diri sangat dir dalam politik ? sedangkan ilmu di dada bagai degree sendiri yg xlengkap lagi.. bagi sy korang boleh melibatkan diri dalam politik semasa belajar ni bukan u perang mana2 parti yg korang sokong..tapi gunalah ilmu yang korang belajar u bertindak sebagai pemerhati dan bukan mengutuk mana2 pihak...

    ReplyDelete
  6. mahasiswa pewaris negara. kami perlu tahu apa yg berlaku dalam setiapm milimeter dlm negara kami

    ReplyDelete
  7. btol 2 lord...aku sokong sgt2...aku ni student unimas lg...dulu rpo-mahasiswa unimas ni jgk la sibuk nk mtk pelajar bole berpolitik...ni nk complain psl politik lg...skrng auku dah dipinda...MPP yg bwk isu ni...MPP 2 setau aku MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR... tp bawak isu yang pelajar sndiri x penah tau...mcm 2 ke namenye bersuara bg pihak pelajar??? xpnh pulak aku tau lgsg psl pro mahasiswa ni...mcm pertubuhan haram je...x ade pilihanraya...x ada buat perjumpaan dgn pelajar...mcm mane nk brsuara untuk pelajar kalo pelajar sndiri xpnh tau psl pertubuhan ni??? nk buat demostrasi la...silent protes la...mcm mane dpt ahli nk buat bnde 2??? cara paling senang mestila ajak kwn2 yang kenal, dpt dalam 20 org pastu brkumpul dgn harapan pelajar yang lalu lalang nampak nk join sekali sbb darah muda dieorg mmg suka bnde2 cmni, tmbah plak dgn perasaan nk cuba... kalo buat mcm2 namenye pro mahasiswa mempergunakan pelajar untuk kepentingn sendiri...cuba meraih sokongan dgn cara psikologi...bwk2 la insaf...bwk2 la belajar...pling lame pon dduk unimas ni 4 taun je...lepas 4 taun kuar la tgk dunia...tgk sndiri negara yang hancur sebab politik...muhasabah diri la...fikir mane yg baik dan buruk...jgn cbe gunakan isu semasa untuk meraih sokongan org ramai...

    ReplyDelete