Pages

Friday, September 17, 2010

Usah cemar IPTA

Berikut adalah kata-kata dari Timbalan Mnteri Pengajian Tinggi ,Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini. Amaran ini diberikan khusus kepada pentadbir institusi pengajian tiggi awam (IPTA) yang menjadikan universiti sebagai medan politik atau membenarkan kemudahan yang disediakan untuk membantu sesebuah parti politik di negara ini.

Beliau berkata pihak Kerajaan tidak pernah memberi mana-mana kebenaran kepada mana-mana pentadbir IPTA di negara ini membabitkan diri dengan membantu parti politik berkempen di dalam mahupun luar universiti.

“Saya dapat tahu ada pentadbir beri kebenaran guna kemudahan guna kemudahan disediakan kerajaan untuk kepentingan parti politik tertentu berkempen dalam pilihanraya kecil atau umum. Saya agak dukacita dan mahu ia dihentikan kerana university terikat pada Perlembagaan Negara.

“Sebenarnya perkara ini sudah diketahui pihak kerajaan bahawa ada pentadbir melakukannya secara “senyap”. Saya harap mereka hentikan segera kerana universiti adalah tempat pelajar mencari ilmu menerusi petadbir yang bijaksana”
Ujar beliau lagi “ pengurusan tertinggi university perlu memantau secara lebih kerap situasi ini kerana segala kemudahan yang ada di universiti adalah untuk kegiatan pelajar dan perlu digunakan sebaik mungkin. Jangan salah guna apa yang diberikan kerajaan.”

Sementara itu,maklumat daripada salah seorang MPP Pro Mahasiswa Unimas bahawa, terdapat sebuah IPTA dalam negara ini yang mengadakan pendaftaran Puteri Umno secara terang-terangan dengan alasan ianya mendapat kebenaran Naib Canselor.
Kami Pro Mahasiswa Unimas mengharapkan perkara tersebut tidak berlaku di Unimas walaupun kami dapat maklumat beberapa orang staf Unimas terlibat secara langsung dengan sebuah parti politik di negara ini. Staf itu juga terlibat secara tidak langsung dalam berusaha menaikkan calon “Favourite” nya dalam pemilihan MPP tahun ini. Melalui maklumat yang kami perolehi kami yakin beliau akan melakukan perkara yang sama pada tahun hadapan.

Beliau sepatutnya tidak boleh melakukan perkara tersebut kerana pemilihan MPP adalah hak mahasiswa dan bukannya staf.. Jika perkara tersebut masih berulang kami Pro Mahasiswa Unimas tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama dan jawatan staf tersebut.

No comments:

Post a Comment